Seorang lelaki dihalau keluar dari mahkamah kerana mengeluarkan bunyi mengiau seperti kucing ketika diminta menjawab soalan pada sesi perbicaraan.

Nicolas Gil Pereg, 40 tahun, dihalau keluar selepas mengeluarkan bunyi mengiau sebanyak 55 kali.

Terdahulu, Hakim Laura Guajardo memberi amaran kepada Pereg untuk menghentikan kelakuan buruknya.

Pendakwa raya, Fernando Guzzo juga meminta para juri supaya tidak tertipu dengan muslihat suspek yang berpura-pura tidak siuman.

Pereg, berbangsa Israel ditahan atas dakwaan membunuh ibu dan ibu saudaranya pada 2019.

Kedua-dua mayat mangsa ditemukan di bilik bawah tanah rumah suspek.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini