Perarakan ‘kavadi’ bagi perayaan Thaipusam kali ini tidak dibenarkan bagi membendung penularan COVID-19. Walaubagaimanapun upacara ‘paal koodam’, aktiviti sembahyang serta perjalanan pedati dibenarkan.

Menteri Perpaduan Negara Datuk Halimah Mohamed Sadique berkata, ‘paal koodam’ dibenarkan bermula Jumaat ini hingga 19 Januari dengan penetapan jumlah kehadiran yang berbeza mengikut kuil.

Setiap sesi adalah selama 30 minit dan diikuti kerja-kerja sanitasi selepas itu. Manakala hanya individu berusia 18 tahun ke atas yang lengkap vaksinasi dan mematuhi SOP sahaja dibenarkan masuk.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini