Menteri Luar Rusia, Sergei Lavrov nafi spekulasi kononnya Presiden Vladimir Putin sedang sakit.

Lavrov berkata, pemimpin Rusia itu muncul di khalayak ramai setiap hari dan tiada sebarang tanda-tanda Putin sedang sakit.

Terdapat spekulasi media bahawa Putin, 70 tahun mungkin mengalami masalah kesihatan, kemungkinan kanser.

Sumber perisikan British yang dipetik memberitahu media bahawa Putin sakit tenat minggu lalu.

Pempimpin Rusia itu terkenal dengan gaya hidup sihat dan suka bersukan.

Agensi perisikan Barat mengambil perhatian terhadap tahap kesihatan Presiden Putin, baik mental dan fizikal.

Ini kerana, selain memberi arahan untuk melancarkan pencerobohan tidak dirancang ke atas Ukraine, Putin juga satu-satunya kuasa bagi penggunaan senjata nuklear Rusia.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini