Menteri-menteri luar ASEAN menzahirkan kebimbangan terhadap peningkatan ujian peluru berpandu balistik antara benua dan pelancaran peluru berpandu balistik Korea Utara, baru-baru ini.

Para menteri berkata perkembangan membimbangkan ini mencerminkan ketegangan di Semenanjung Korea semakin meruncing, serta mengancam keamanan dan kestabilan di rantau ini dan seluruh dunia.

Menteri-menteri luar ASEAN menggesa Korea Utara meredakan ketegangan dan mengelakkan segala tindakan yang mungkin memburukkan keadaan serta mematuhi semua Resolusi Majlis Keselamatan PBB yang berkaitan.

Usaha diplomatik, termasuk mewujudkan persekitaran yang kondusif untuk sesi dialog antara semua pihak yang berkenaan harus kekal menjadi keutamaan. Korea Selatan dan Amerika Syarikat melancarkan lapan peluru berpandu permukaan ke permukaan minggu lalu sebagai tindak balas terhadap lapan peluru berpandu yang dilancarkan Korea Utara.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini