Masyarakat terutamanya golongan muda digalakkan kembali merakyatkan seni dan budaya tradisional negara agar tidak ditelan zaman.
 
Malah, aktiviti itu dapat dimanfaatkan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) dalam mempromosikan Malaysia sebagai destinasi pilihan segmen pelancongan budaya. 

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, MOTAC melalui pelbagai agensinya harus melakukan pendekatan baharu dan kreatif dalam memperkenalkan elemen kepelbagaian bangsa, bahasa dan budaya untuk menarik pelancong domestik mahupun luar negara.
 
Menurut beliau, antaranya memperkasakan kembali sukan-sukan rakyat dan budaya tradisional di setiap negeri. 

Kawasan mahupun lokasi khusus harus disediakan dan diaktifkan dengan pelbagai aktiviti bagi menarik minat masyarakat.
 
Ini sekaligus akan menjadi tumpuan pelancong luar untuk dimasukkan dalam jadual kunjungan mereka ke negara ini.
 
Beliau berkata demikian di sidang media Program Komuniti Keluarga Malaysia Hogoh Bera 2021 di Bera, Pahang.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini