Syarikat automotif Mercedes Benz mengumumkan bahawa pihaknya berjaya menjual kereta paling mahal di dunia, lapor stesen penyiaran CNN semalam.

Mercedes-Benz model SLR 1955 yang selama ini disimpan dalam koleksi pembuat kereta Jerman itu telah dijual kepada pemilik persendirian pada harga AS$142 juta (RM624 juta).

Syarikat pemantauan koleksi kereta, Hagerty berkata, nilai tersebut menjadikan kenderaan mewah tersebut kereta paling mahal pernah dijual.

Wang daripada jualan itu akan digunakan untuk menubuhkan Dana Mercedes-Benz iaitu  sebuah dana biasiswa global.

Mercedes yang baru dijual itu  adalah satu daripada dua prototaip 300 SLR Uhlenhaut Coupe.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini