Sebuah kereta jenis Mercedes Benz musnah terbakar di Lebuh Raya Utama Tengah (CSR), susur keluar dekat Chegar Perah, Kuala Lipis, Pahang, semalam.

Tujuh anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Lipis bersama sebuah jentera Bomba dikejarkan ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan sekitar jam 3.50 petang. Insiden tidak melibatkan sebarang nyawa. Pemandu kereta terbabit dilaporkan berjaya menyelamatkan diri.

Dalam muat naik di Facebook Balai Bomba Kuala Lipis, pihak terbabit turut mengingatkan orang ramai agar memeriksa kenderaan sebelum memulakan perjalanan jauh dan membawa alat pemadam api mudah alih.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini