Pelbagai kreativiti dan pendekatan diambil bagi menceriakan murid-murid semasa hari pertama sesi persekolahan di Perlis bagi negeri Fasa 4, Pelan Pemulihan Negara yang bermula hari ini.

Ini termasuklah Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perlis (PPANPs) dengan mengambil inisiatif menyarung kostum karakter maskot kartun disney di Sekolah Kebangsaan Putra, Kangar.

Menurut Pengarah PPANPs, Azizi Janan, cetusan idea dikalangan kakitangan dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri dan pengurusan sekolah merealisasikan hasrat menceriakan kehadiran murid ke sekolah setelah sekian lama mengikuti Pengajaran dan Pembelajaran Di Rumah.

Bagi sesi persekolahan hari ini, seramai 43,124 murid kembali bersekolah secada bersemuka di 104 buah sekolah rendah dan menengah. Dari jumlah berkenaan, 23,777 murid sekolah rendah dan 19,347 di sekolah menengah.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini