Jabatan Kesihatan Terengganu (JKNT) telah mengeluarkan kompaun bernilai RM440,200 kepada individu yang merokok di kedai makan.
 
Pengarahnya, Datuk Dr. Kasemani Embong berkata sebanyak 1, 781 notis kesalahan dikeluarkan hasil operasi di seluruh negeri itu sejak Januari hingga Jun tahun ini.

Menurutnya, jumlah itu menunjukkan peningkatan berbanding tahun lalu hanya 943 notis dikeluarkan dengan nilai anggaran RM240,000.
 
Tindakan itu diambil mengikut Peraturan 11 (1d) dan Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau (PPKHT) 2004 pindaan 2018.

75 premis makanan di sekitar Kuala Terengganu, Kuala Nerus dan Marang diperiksa dalam operasi berkenaan.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini