Mersing menjadi daerah keenam dilanda banjir apabila 366 penduduk terjejas daripada 90 keluarga dipindahkan ke enam pusat pemindahan sementara, PPS setakat 8 pagi tadi.

Exco Kesihatan dan Alam Sekitar, R. Vidyananthan berkata, antara kawasan terjejas adalah di Kampung Che Wok, Kampung Sri pantai, Kampung Orang Asli Peta, Tenglu Besar dan Air Papan Tengah.

Jabatan Meteorologi, MetMalaysia juga mengeluarkan amaran hujan lebat berterusan hari ini.

Setakat ini, Segamat kekal menjadi daerah terjejas teruk dengan 3,178 orang daripada 828 keluarga di 47 PPS.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini