Sementara itu, di Kilometer 12, Jalan Endau-Mersing, Johor pula, seorang maut selepas kereta dipandu terbabas dan memasuki gaung sedalam dua meter, kira-kira 12.30 pagi tadi. Manakala rakan mangsa, cedera ringan dan kini dirawat di Hospital Mersing. Ketua Polis Daerah Mersing, Superintenden Cyril Edward Nuing mengesahkan mengenai insiden. Kemalangan berlaku ketika mangsa, Che Ku Mohd Hanafis Che Ku Abas, 30 tahun memandu kereta dari Dungun, Terengganu menghala ke Tapak Projek Pembangunan Bersepadu Penapisan Minyak dan Petrokimia, RAPID Penggerang. Ketika melalui kawasan selekoh, kereta dipandu terbabas dan masuk dalam gaung. Mangsa meninggal dunia ketika mendapat rawatan di Hospital Mersing manakala rakannya, Mohd Azri Mohd Ripin, 31 tahun dirawat di hospital sama. Kedua-dua mangsa merupakan pekerja kontrak di RAPID Penggerang. Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini