Satu laporan polis dibuat di Balai Polis Sentral di Sibu terhadap mesej berunsur fitnah yang melibatkan seorang individu.

Mesej tersebut ditujukan kepada penyandang kerusi DUN N55 Nangka, Dr Annuar Rapaee.

Laporan polis dibuat setiausaha Angkatan Warisan Anak Sarawak (AWAS), Mohamad Junaidi Sambang.

Junaidi mendakwa, individu berkenaan telah menyebarkan pelbagai poster melabelkan Dr Annuar Rapaee dengan gelaran tidak berasas yang boleh menimbulkan fitnah.

Beliau berharap individu berkenaan dapat merujuk pencapaian yang telah berjaya dilaksanakan Dr Annuar melalui Kad Laporan Prestasi yang dilancarkan oleh penyandang kerusi DUN Nangka itu baru-baru ini.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini