Mesir menarik balik perintah darurat yang telah berkuat kuasa sejak lebih empat tahun lalu berikutan insiden serangan terhadap gereja Kristian.

Negara ini diletakkan bawah perintah darurat sejak April 2017 susulan pengeboman dua gereja yang meragut lebih 40 nyawa.

Penganut Kristian Koptik meliputi 10 peratus daripada jumlah populasi Mesir.

Serangan itu didakwa dilakukan oleh sekutu kumpulan Daesh

Presiden Mesir, Abdel Fattah al-Sisi dalam Facebook menyatakan, beliau mengambil keputusan membatalkan perintah darurat di seluruh Mesir.

Di bawah perintah darurat, kuasa polis diperluaskan bagi menahan orang ramai, manakala hak berperlembagaan termasuk kebebasan bersuara serta berhimpun disekat.

Sejak Februari 2018, pihak berkuasa melancarkan operasi memerangi kumpulan penentang di seluruh Mesir.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini