Bintang Argentina, Lionel Messi sekali lagi mencatat sejarah baharu dalam kariernya apabila berjaya mengatasi rekod penjaring terbanyak bagi pemain dari Amerika Selatan milik legenda Brazil, Pele.

Pencapaian itu dilakar selepas Messi meledak dua gol ketika membantu Paris Saint Germain (PSG) menewaskan Club Brugge (BRUJ) 4-1 dalam aksi Liga Juara-Juara Eropah, awal pagi tadi.

Pada aksi tersebut, Messi memastikan kemenangan buat kelab gergasi Perancis itu dengan gol ketiga dan keempat di Stadium Parc des Princes.

Jaringan pertamanya berjaya menyamai rekod 757 gol milik Pele sebelum dia mengatasinya dengan rekod baharu 758 gol dengan menyempurnakan sepakan penalti di babak kedua.

Jumlah tersebut menyaksikan Messi kini muncul penjaring kedua terbanyak sepanjang zaman di belakang bintang Manchester United, Cristiano Ronaldo yang mengumpul 801 gol.

Pemain berusia 34 tahun itu sebelum ini merekodkan 672 gol ketika bersama Barcelona dan menambah 6 gol lagi dalam 14 penampilannya bersama PSG.

Selain itu, yang memenangi anugerah Ballon d’Or buat kali ketujuh awal bulan ini, turut menyumbang 80 buat skuad kebangsaan Argentina.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini