Satu Mesyuarat Khas Penggal Keempat Parlimen Ke-14 akan diadakan pada 20 Januari ini membincangkan perkara berkaitan kepentingan negara iaitu banjir dan pascabanjir.

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata Mesyuarat Khas tersebut diadakan selaras dengan Peraturan Mesyuarat 11(3), Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat.

Mesyuarat turut menumpukan isu penyelarasan bantuan kepada Keluarga Malaysia dan perancangan jangka panjang pengurusan bencana banjir.

Mesyuarat Khas itu penting untuk memberi ruang kepada kerajaan menjelaskan kepada rakyat mengenai tindakan dan perancangan menangani isu-isu banjir.

Sesi berkenaan adalah platform terbaik untuk Ahli-ahli Parlimen mendapat maklum balas tentang isu banjir.

Pelaksanaan Mesyuarat Khas tersebut telah disembah maklum dan mendapat perkenan Yang diPertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini