Semua perwakilan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO Bahagian di seluruh negara yang memulakan mesyuarat hari ini diajak menjadikan ia medan percambahan buah fikiran agar parti terus menjadi tiang rakyat.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata ini kerana UMNO selamanya menjadi wadah rakyat yang memayungi kesejahteraan nusa dan bangsa.

Ingatan disampaikan Perdana Menteri dalam catatan di Facebook.

Beliau mengingatkan perwakilan agar membulatkan tekad demi perjuangan agama, bangsa dan tanah air.

Datuk Seri Ismail Sabri turut mengucapkan selamat bersidang kepada semua sayap berkenaan.

Mesyuarat Perwakilan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO Bahagian berlangsung selama dua hari bermula hari ini. 

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini