Tenaga Nasional Berhad (TNB) memberi jaminan akan meneliti aduan pengguna berhubung isu bil semasa yang didakwa tinggi selepas pemasangan meter pintar. Dalam satu kenyataan, TNB Melaka menyatakan, pihaknya sedia maklum isu terbabit dan aduan lain dihadapi segelintir pengguna meter pintar di Melaka seperti yang tular di Facebook. Sehubungan itu, pihak terbabit menasihatkan pengguna supaya tidak khuatir dengan keadaan itu kerana tiada sebarang pemotongan bekalan elektrik akan dibuat sementara aduan pengguna diperincikan. Pengguna meter pintar yang memerlukan maklumat lanjut boleh menghubungi TNB di talian khidmat pelanggannya di 1300-88-5454 atau mengunjungi pejabat TNB berhampiran.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini