Mexico mencipta rekod dunia baharu dengan penganjuran kelas tinju terbesar melibatkan 14,299 peserta yang mengambil bahagian.

Menurut Datuk Bandar, Claudia Sheinbaum, negara itu telah mengalahkan rekod yang pernah dibuat Moscow pada 2017 apabila 3,000 hanya orang hadir untuk kelas tinju.

Selepas angka kehadiran disahkan oleh pasukan World Record Guinness, Sheinbaum telah menyiarkan video mengucapkan terima kasih kepada mereka yang menjadikan kejayaan itu.

Ratusan peserta telah berkumpul awal untuk kelas besar-besaran di plaza Zocalo, yang bermula dengan pemanasan tai-chi, diikuti dengan pergerakan tinju asas, dan kemudian berlatih dalam pelbagai kombinasi pukulan.

Antara petinju profesional yang mengetuai sesi itu ialah Mariana “La Barby” Juarez, juara Majlis Tinju Dunia (WBC) tiga kali dalam kategori ‘flyweight’, ‘super flyweight’ dan ‘bantamweight’, Ana Maria Guerrera Torres, juara ‘super flyweight’ WBC dua kali, dan David Picasso, juara junior dua kali.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini