Malaysian Football League (MFL) boleh melaksanakan peraturan kawalan ekonomi ke atas semua pasukan Liga Malaysia secara berperingkat bagi memastikan mereka mampu mematuhi peraturan baharu tersebut dengan lebih baik. Itu saranan Pengarah Urusan La Liga Asia Tenggara, Ivan Codina kepada MFL yang kini dalam perancangan menerapkan kawalan ekonomi musim depan; yang memfokuskan mengawal perbelanjaan setiap pasukan sekali gus mengatasi masalah hutang.  Di La Liga ujarnya, kawalan ekonomi telah dilaksanakan sejak 2012, dengan tiga fasa berbeza sebelum dikuat kuasa sepenuhnya kepada semua pasukan.

Ia terbukti berjaya menghapuskan hutang majikan ke atas pemain.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini