Persekutuan Gimnastik Malaysia (MGF) bakal menghantar dua atletnya, Rachel Yeoh dan Mohd Sharul Aimy berguru di Jepun.

Ia bagi mempersiapkan kedua-dua atlet tersebut merealisasikan misi memburu pingat Sukan Komanwel Birmingham pada 28 Julai depan.

Menurut Setiausaha Kehormat MGF, Afrita Ariany Nasril, dua atlet tersebut bakal bertolak ke Jepun pada awal Julai ini.

Pada penyertaan Sukan Komanwel kali ini, skuad gimnastik artistik negara hanya menghantar dua wakil pada edisi di Birmingham.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini