Persekutuan Gimnastik Malaysia (MGF) memerlukan dana sekurang-kurangnya RM1 Juta bagi merangka program-program baharu tahun 2022 dan mempersiapkan pasukan negara menjelang temasya Sukan SEA dan Sukan Komanwel tahun ini.

Ianya susulan bajet 2022 tidak menyentuh mengenai peruntukan program sukan berprestasi tinggi.

Menurut Setiausaha Kehormat MGF, Afrita Ariany Nasril, pihaknya kini sedang giat mencari jalan melakukan kerjasama dengan beberapa syarikat swasta bagi mendapatkan penajaan demi kelangsungan program sukan gimnastik terus bersaing di peringkat tertinggi.

Tambahnya, sukan gimnastik setiap tahun memerlukan perbelanjaan besar yang melibatkan kos latihan luar negara, fasiliti, tempat latihan, dan penyertaan kejohanan-kejohanan berprestij tinggi.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini