Sukan Muay Thai di Kelantan bakal menerima nafas baharu apabila sebuah syarikat perniagaan berasaskan emas, Makmur Gold Holding Sdn Bhd (MGHSB) bersedia melabur RM1 juta bagi memajukan sukan berkenaan.

Syarikat terbabit mensasarkan untuk melahirkan 1,000 atlet profesional dalam tempoh lima tahun yang mampu mewakili negara ke peringkat antarabangsa.

Ketua Pegawai Eksekutif Makmur Gold, Mohd Faizuddin Che Mahmood berkata, sukan Muay Thai mempunyai potensi yang besar untuk dikembangkan kerana mempunyai jumlah peminat antara yang paling ramai di negara ini selepas bola sepak.

Tambahnya, bagi memastikan hasrat itu tercapai, tumpuan akan diberikan kepada aspek pengurusan persatuan agar ia dapat diuruskan dengan baik, sekali gus memastikan kebajikan atlet terbela. Beliau di temui media pada majlis makan malam bersama anak Muay Thai Persatuan Sukan Boxing Negeri Kelantan (PSBNK) di Kota Bharu, Kelantan. Majlis turut di hadiri Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini