Perbadanan Teknologi Hijau dan Perubahan Iklim Malaysia (MGTC) memperkenal produk primus line iaitu produk teknologi hijau tanpa parit yang memberi fokus kepada kerja membaikpulih paip lama terutama bagi kawasan berkepadatan tinggi.

Timbalan Menteri Alam Sekitar dan Air, Datuk Mansor Othman berkata, teknologi tersebut dapat mengatasi masalah alam sekitar serta masalah Air Tidak Terhasil.

Beliau berkata demikian pada Majlis Pelancaran Produk Teknologi Hijau Tanpa Parit Bagi Industri Air di ibu negara. Majlis tersebut turut menyaksikan pertukaran memorandum persefahaman di antara MGTC dengan PL Tech Sdn Bhd.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini