Kesatuan Eropah, EU meminta Rusia memberi kerjasama sepenuhnya bagi menyiapkan siasatan kes tembak pesawat MH 17.EU juga mengulangi sokongan kepada setiap usaha mendedahkan perkara sebenar berhubung insiden tersebut yang mengorbankan 298 nyawa.EU turut meminta Rusia bersama-sama memikul tanggungjawab membawa pihak terlibat ke muka pengadilan seperti termaktub dalam Resolusi 2166 Majlis Keselamatan PBB.Pasukan penyiasat antarabangsa sudah mengeluarkan waran tangkap kepada empat suspek terdiri daripada 3 warga Rusia dan seorang rakyat Ukraine.Mereka akan dibicara di Belanda pada 9 Mac 2020.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini