Malaysia tetap menegaskan bukti kukuh perlu dikemukakan sebelum sebarang pendakwaan dibuat kepada mana-mana pihak dalam kes tragedi pesawat Malaysia Airlines, penerbangan MH17 yang ditembak jatuh di Ukraine 5 tahun lalu. Tegas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad, Malaysia tidak gembira dengan penemuan terkini kes tersebut memandangkan ia dilihat menjadi isu politik sejak awal siasatan.Tegas Tun Dr. Mahatir, lebih penting Malaysia mahu bukti penglibatan Rusia dalam kes tersebut kerana setakat ini tiada lagi bukti kukuh dikemukakan pihak penyiasat, sebaliknya hanya berdasarkan cakap-cakap sahaja.SEMALAM, Pasukan Penyiasat Bersama Antarabangsa, JIT diketuai Belanda mendedahkan mereka telah mengenal pasti empat suspek utama dalam kes MH17 yang ditembak jatuh di timur Ukraine pada 2014.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini