MIC bercadang kekal bertanding di empat kerusi tradisi mereka pada Pilihanraya
Umum (PRU) Dewan Negeri Johor, 12 Mac ini.
 
Timbalan Presidennya, Datuk Seri M.Saravanan berkata, cadangan tersebut
akan dikemukakan pada pertemuan dengan Pengerusi Barisan Nasional
negeri, Datuk Hasni Mohammad, esok.

Pertemuan tersebut juga akan memuktamadkan pembahagian kerusi dalam gabungan berkenaan sebelum diumumkan pada 24 Februari.

Beliau berkata demikian selepas Majlis Pelancaran Kempen Mencarum PERKESO
Usahawan Tekun di Johor Bahru.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini