Selangor FC mengumumkan Pengarah Sukannya, Michael Feichtenbeiner akan memegang tanggungjawab sebagai ketua jurulatih bermula musim 2022.

Feichtenbeiner akan menggantikan tugas rakan senegara dari Jerman, Karsten Neitzel yang hanya mengendalikan The Red Giants selama semusim. Musim ini Selangor mempamer prestasi tidak konsisten apabila hanya menduduki tangga kelima Liga Super dan tersingkir di pusingan suku akhir Piala Malaysia.

Ketua Pegawai Eksekutif Selangor FC, Dr Johan Kamal berkata, pemilihan Feichtenbeiner diharap dapat mengatasi isu prestasi tersebut musim depan. Feichtenbeiner sebelum ini pernah diberi tanggungjawab memimpin pasukan Selangor FC 2.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini