Malaysian Industrial Development Finance Berhad, MIDF mengumumkan bantuan pembiayaan khas di bawah Dana Kecemasan PKS, SMEEF.

Ia khusus bagi membantu perusahaan kecil dan sederhana, PKS yang terjejas teruk akibat banjir di beberapa negeri sejak beberapa hari lalu. 

Dana tersebut disediakan Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi melalui SME Corporation Malaysia dan dikendalikan MIDF.

Menerusinya, bantuan pembiayaan sehingga 100 ribu ringgit ditawarkan kepada PKS terjejas dalam semua sektor ekonomi meliputi keperluan asas perniagaan termasuk mesin dan peralatan, baik pulih premis perniagaan dan modal kerja.

Bagi mendapatkan dana terbabit, PKS yang beroperasi di kawasan bencana perlu mengemukakan bukti-bukti dalam bentuk surat daripada pejabat daerah atau salinan laporan polis.

Pemohon juga mesti memiliki lesen perniagaan sah dikeluarkan majlis perbandaran tempatan.

Maklumat lanjut hubungi Unit Penasihat Perniagaan MIDF atau emel ke pautan seperti tertera.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini