Persatuan Bola Sepak India Malaysia (MIFA) komited dalam usaha menggilap bakat pemain muda dalam kalangan masyarakat India dengan terus memberi pendedahan kepada mereka sehingga diintai pasukan negeri.

Menurut Bekas Presiden dan penasihat MIFA, Datuk T. Mohan, sejak 16 tahun dibawah kempimpinannya, MIFA telah ramai melahirkan pemain-pemain bola sepak yang berkaliber terutamanya dalam pasukan Petaling Jaya City FC.

Tambahnya, dengan kepimpinan baharu yang diterajui KV Anpanathan mampu mengubah landskap sukan tersebut dengan mewujudkan Rumah Kelab selain meneruskan perjuangan dalam melatih, wujudkan pertandingan dan membangunkan kerjaya sukan bola sepak.

Beliau ditemui selepas majlis Mesyuarat Agung MIFA kali ke-16 di Shenga Convention Hall, Batu Caves, Selangor.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini