Pameran Halal Antarabangsa Malaysia, MIHAS 2021 yang pertama kali dianjurkan secara maya sepenuhnya, berjaya menjana jualan eksport berjumlah RM2.13 bilion.

Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia, MATRADE, Mohd Mustafa Abdul Aziz berkata, daripada jumlah itu, RM1.38 bilion disumbangkan oleh jualan pempamer.

Manakala RM749.1 juta direkodkan menerusi Program Penyumberan Luar Antarabangsa, INSP.

Perkhidmatan Kewangan Islam mencatat jumlah jualan tertinggi dalam kalangan 12 kluster utama, berjumlah RM380.9 juta, diikuti minuman dan makanan diproses.

Jelas Mohd Mustafa, MATRADE akan terus menjalin kerjasama strategik dengan pelbagai sektor awam dan swasta untuk memacu lebih banyak peluang berkaitan eksport.

Syarikat tempatan turut disaran memanfaatkan 286 program pembangunan pengeksport dan usaha promosi eksport anjurannya sepanjang 2022.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini