Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) mensasarkan nilai jualan sebanyak RM1.9 bilion sempena Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS) ke-18.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Mohd Mustafa Abdul Aziz optimis, sasaran itu dapat dicapai berdasarkan potensi perniagaan membabitkan 1,196 pempamer tahun ini.

Bercakap pada sidang media MIHAS Reconnect, jelasnya acara itu akan dianjurkan secara hybrid bermula 7 hingga 10 September ini.

MIHAS kali ini menampilkan 13 kluster antaranya Farmaseutikal, Kewangan Islam, Pelancongan Mesra Muslim termasuk kluster baharu iaitu Seni dan Kraftangan Islam.

Tahun lalu, MIHAS mencatat nilai jualan RM2.13 bilion menerusi pameran dan padanan perniagaan secara maya.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini