Rumah lelongan Christie berjaya menjual mikroskop milik Charles Darwin pada harga 598,000 pound di London. Ini merupakan jualan tertinggi berkaitan objek saintifik dari abad ke-19. Lelongan dilakukan semasa jualan “Buku dan Manuskrip Berharga” anjuran Christie.

Mikroskop tersebut direka oleh Charles Gould untuk Syarikat Cary sekitar tahun 1825. Menurut Christie, mikroskop tersebut antara enam milik ahli alamiah Britain.

Salah satu daripadanya masih disimpan di Down House, bekas kediaman keluarga Darwin dan juga tempat di mana beliau mengkaji teori pemilihan semula jadi. Sebelum ini Christie menjangkakan mikroskop yang dilelong itu mencecah harga jualan di antara 250,000 dan 350,000 pound.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini