Dua individu ditahan di Plaza Tol Skudai, Johor Bahru, Johor, menerusi Op Khas Bersepadu (Kenderaan Perdagangan) Kontinjen Johor, pagi tadi.

Pemeriksaan pihak berkuasa terhadap pemandu lori dan pemandu kereta persendirian itu, mendapati kedua-dua mereka memiliki dadah. 

Ketua Polis Negeri, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay, mengesahkan penahanan suspek dan memaklumkan kedua-duanya positif dadah.

Kes disiasat mengikut Akta Dadah Berbahaya 1952.

Operasi ini diketuai beliau sendiri dan setakat 12 tengah hari, 152 kenderaan diperiksa, 93 saman dikeluarkan, dan 10 ujian saringan air kencing dibuat.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini