MILO dan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) melancarkan kerjasama lima tahun bagi melestarikan masa hadapan generasi pelapis bintang bola sepak menerusi ekosistem pembangunan akar umbi bersepadu.

Jelas Presidennya, Datuk Hamidin Mohd Amin menerusi kerjasama ini, pihaknya mensasarkan untuk melatih lima ribu jurulatih dan seratus ribu pemain muda menjelang 2026.

Ujar beliau, usaha pembangunan bola sepak akar umbi sangat kritikal demi masa hadapan bola sepak tanah air.

Sebahagian besar bakat baharu di peringkat akar umbi dicungkil menerusi program bimbingan komuniti yang menyediakan latihan kemahiran asas bola sepak serta penganjuran perlawanan bola sepak komuniti seperti Klinik Bolasepak Suparimau. 

Kerjasama ini telah menyemarakkan kembali hubungan antara kedua-dua pihak yang sudah lama terjalin sebelum ini menerusi penganjuran pelbagai kejohanan bola sepak akar umbi yang berjaya melahirkan beberapa pemain legenda negara. 

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini