Aplikasi dalam talian MyVeteran Mall (V-MALL) bakal diperkenalkan Kementerian Pertahanan (MINDEF).

Malah, menurut Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz,  MINDEF menyasarkan seramai 200 usahawan Veteran ATM akan mendaftar dan menggunakan aplikasi itu.

Jelasnya, Platform digital V-MALL membolehkan usahawan Veteran ATM melaksanakan aktiviti perniagaan secara digital sehingga ke peringkat global.

Beliau bercakap dalam sidang media selepas Majlis Penganugerahan Pingat Jasa Malaysia (PJM) kepada veteran ATM Peringkat Negeri Kelantan di Kota Bharu.

Seramai 500 veteran ATM dianugerahkan Pingat Jasa Malaysia (PJM).

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini