Program peningkatan keupayaan pesawat tempur F/A-18D Hornet, dijangka bermula tahun depan. Langkah itu dilaksana bagi memastikan aset udara itu kekal relevan untuk melaksana operasi.

Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz berkata, permohonan peruntukan bagi melaksana program berkenaan telah dibuat kepada Kementerian Kewangan, tahun ini.

Bagi meningkatkan keupayaan sistem radar pertahanan udara pula, Pelan Perolehan bagi Sistem Radar Pertahanan Udara Jarak Jauh akan dilaksana secara berperingkat bermula tahun ini hingga 2025.

Ia selari penerimaan pesawat pejuang kelas ringan baharu dan tiga pesawat tanpa pemandu mulai 2024. Penjelasan itu bagi menjawab pertanyaan Senator Datuk Zaiedi Suhaili.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini