RM23.6 juta nilai jualan  diperoleh sepanjang Minggu  Usahawan Negara (MUN) 2022 yang berlangsung sejak Jumaat lalu.

Program turut berjaya menghasilkan padanan perniagaan antara usahawan kecil dengan pasar raya besar tempatan. Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Tan Sri Noh Omar bercakap selepas melancarkan MUN 2022 di ibu negara.