Kegiatan penyelewengan minyak masak bersubsidi paket satu kilogram pelbagai jenama, tumpas.

Serbuan di sebuah stor di Batu 9, Jalan Gereja Sandakan itu, berjaya merampas 449 kotak mengandungi 7,633 kilogram minyak masak paket, sebuah lori, mesin pam dan hos getah, dengan nilai keseluruhan lebih RM50,000.

Lima lelaki berumur lingkungan 30-an turut ditahan untuk keterangan, namun kemudiannya dilepaskan dengan jaminan polis.

Berdasarkan siasatan awal, premis tersebut tidak mempunyai kebenaran dan lesen yang sah untuk menyimpan barang kawalan.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini