60 petugas daripada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Perbadanan Putrajaya (PPj) telah dihantar ke Segamat, Johor serta Melaka bagi misi bantuan banjir.

Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Dr. Shahidan Kassim berkata,  kesemua petugas telah berada di dua negeri berkenaan sejak semalam.

Selain itu, Pusat Kawalan Operasi Banjir turut dibuka, bagi menyelaras dan mengatur gerak kerja bersama pasukan pengurusan bencana daerah dan negeri.

Selain operasi membantu, menyelamat dan membersih di kawasan terjejas bencana, bantuan bakul makanan turut akan diedarkan kepada keluarga yang terlibat.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini