Fungsi Pergerakan Skuad Antidadah Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) diperluas bagi membantu kerja-kerja  sukarelawan pascabanjir.

Seramai 475 sukarelawan Skuad Antidadah AADK telah digerakkan di seluruh negara bagi melaksanakan misi tersebut di Lembah Klang, Selangor, Pahang, Negeri Sembilan, Perak dan Kelantan.

AADK dalam satu kenyataan memaklumkan, ia merupakan salah satu tanggungjawab sosial korporat (CSR) AADK dalam usaha membantu dan meringankan beban penduduk terjejas.

Skuad Antidadah Seberang Prai Tengah Pulau Pinang digerakkan ke kawasan-kawasan terjejas banjir seperti Bentong, Pahang dan Taman Sri Muda, Shah Alam, Selangor.

Manakala Skuad Antidadah AADK Kedah turun padang ke Temerloh yang turut disertai Timbalan Menteri Dalam Negeri I, Datuk  Seri Dr Ismail Mohamed Said.

Selain operasi pembersihan, mereka turut mengagihkan bantuan barangan keperluan kepada kira-kira 300 keluarga.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini