Misi bantuan pasca banjir di Bera, Pahang menyaksikan penglibatan 70 sukarelawan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Perlis.

Bantuan bagi kerja-kerja pembersihan kawasan sekolah di samping penyerahan barangan bantuan kepada penduduk terjejas.

Menurut Pengarah AADK Perlis, Khairul Anwar Ahmad, misi melibatkan Sekolah Kebangsaan Durian Tawar, SK Bukit Rok dan SMK Mengkarak Bera.
 
Bantuan hasil sumbangan orang awam dan IKRAM Perlis kepada Pejabat Parlimen Bera yang diwakili Pegawai Khas Ahli Parlimen Bera, Datuk Sabariah Saidan.

Turut bekerjasama Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik Bukit Chabang, Pertubuhan IKRAM Malaysia, Sukarelawan Antidadah Perlis dan Daerah Bera, Skuad Sayang serta Sukarelawan Parlimen Bera.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini