Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) yakin mampu menarik pelaburan bernilai RM100-juta dari Indonesia. Ia susulan Misi Perniagaan ke republik itu, bulan lalu.

Ketua Pegawai Eksekutif MDEC, Mahadhir Aziz memaklumkan, Misi Perniagaan yang berlangsung dari 16 hingga 20 Mei di Jakarta merupakan kelangsungan daripada program Gateway, Amplify, Investor, Nurture (GAIN) di bawah MDEC. Ia bertujuan memacu syarikat teknologi tempatan ke peringkat global.

Pada masa sama, membolehkan MDEC, syarikat teknologi Malaysia dan agensi-agensi lain melakukan tindakan susulan berhubung peluang-peluang yang ditawarkan sebelum penutupan sempadan akibat daripada pandemik COVID-19.

Fokus perbincangan turut tertumpu kepada perkara berkait potensi projek bersama dalam Teknologi Kewangan, Teknologi Pertanian, Keselamatan Siber dan sektor e-Kerajaan. Sejak 2018, MDEC telah melaksana tujuh Misi Perniagaan dan berjaya menghubungkan lebih 40 syarikat teknologi Malaysia kepada rakan kongsi di Indonesia. Ia membabitkan peluang eksport digital, RM370 juta.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini