Kerajaan menerusi Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri, MITI telah berjaya meningkatkan pelaburan asing dalam sektor pembuatan.

Sejumlah RM109.1 bilion telah diluluskan menerusi program galakan pelaburan strategik dalam tempoh 100 hari pentadbiran, dengan unjuran lebih 25,000 peluang pekerjaan.

Dalam pada itu, Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi juga berjaya meningkatkan eksport sektor agrokomoditi dengan nilai RM147.2 bilion.

Sebanyak RM3.3 bilion juga disalurkan Kementerian Kewangan menerusi Program Subsidi Upah bagi membantu aliran tunai perusahaan kecil dan sederhana, PKS, memanfaatkan 189,000 majikan dan 1.9 juta pekerja.

Di samping itu, Kementerian Pertanian dan Industri Makanan melalui kerjasama dengan Agro Bank, menyalurkan pembiayaan bernilai lebih RM80 juta kepada 4,217 penerima.

Selain itu, pelbagai program dirangka untuk memastikan Keluarga Malaysia dapat meneruskan kelangsungan hidup dengan selesa dan bukan hanya golongan pekerja yang diperjuangkan, tetapi juga golongan usahawan.

Hasilnya, Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi berjaya melahirkan 3,667 usahawan baharu terdiri daripada belia, graduan dan individu yang hilang pekerjaan akibat pandemik.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini