Malaysia mencadangkan kepada Jepun agar Memorandum Kerjasama (MoC) Malaysia-Jepun dalam bidang penerangan dan komunikasi diperbaharui dengan memperluaskan skop kerjasama memasukkan industri kreatif dan penggambaran filem.

Perkara itu disuarakan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa ketika menerima kunjungan hormat Duta Besar Jepun ke Malaysia Takahashi Katsuhiko di kementeriannya dalam perbincangan dua hala bagi memperkukuhkan kerjasama dalam bidang komunikasi.

Dalam pertemuan itu, beliau juga mempelawa pengarah dan penerbit filem dari Jepun untuk datang ke Malaysia membuat penggambaran serta mengambil peluang menyertai program seperti “Film In Malaysia Incentive” (FIMI), yang secara tidak langsung mempromosikan keindahan Malaysia kepada dunia.

Malaysia dan Jepun memeterai MoC pada 17 Januari 2017 bagi kerjasama dua hala antaranya dalam sektor informasi dan komunikasi sejagat terutamanya dalam bidang penyiaran.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini