Model Baharu Pembangunan Belia (MBPB) 2030 bakal dilancarkan Mac tahun depan.

Ia dibangunkan berdasarkan aspirasi dan suara anak muda untuk pemerkasaan belia bagi tempoh 10 tahun ke hadapan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, MBPB 2030 membolehkan usaha pembangunan berterusan belia bagi melahirkan Masyarakat 5.0.

Ia juga akan memperkukuhkan lagi sistem sokongan belia khususnya hubungan dengan keluarga, masyarakat dan agensi kerajaan.

Perdana Menteri berucap merasmikan Majlis Sambutan Hari Belia Negara 2021 Peringkat Kebangsaan di Kuala Lumpur.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini