Model borong tunggal bagi pelancaran rangkaian 5G akan dimuktamadkan menjelang Januari tahun depan.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa berkata, kabinet masih dalam perbincangan sama ada akan melaksanakan 5G melalui Rangkaian Pemborong Tunggal (SWN) atau mempunyai beberapa sistem bagi membolehkan persaingan.

Buat masa ini, Digital Nasional Bhd (DNB) akan meneruskan rancangannya untuk menyampaikan perkhidmatan 5G melalui SWN.

Tan Sri Annuar menyatakannya, selepas Majlis menandatangani perjanjian usaha sama antara CS Cloud Sdn Bhd dan Cloocus Co. Ltd di Petaling Jaya.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini