Proses penyerapan guru Kelas al-Quran dan Fardhu Ain (KAFA) dalam jawatan tetap bagi projek rintis Model KAFA Perdana akan diteruskan. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Idris Ahmad berkata, kertas kerja telah dilakukan dan perbincangan bersama pelbagai pihak khususnya dari segi pentadbiran sedang dijalankan.

Pada Januari lalu, Datuk Zulkifli Mohamad al-Bakri yang memegang portfolio berkenaan memberitahu, pihaknya dalam proses akhir penyediaan Memorandum Jemaah Menteri untuk kelulusan Kabinet bagi pelaksanaan Rintis Model KAFA Perdana.
 
Projek rintis itu bakal menjadi penanda aras untuk kerajaan mewujudkan jawatan tetap dan berpencen kepada guru-guru KAFA pada masa akan datang.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini