Model borong tunggal bagi pelancaran rangkaian 5G akan dimuktamadkan menjelang Januari tahun depan.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa berkata, kabinet masih dalam perbincangan sama ada akan melaksanakan 5G melalui Rangkaian Pemborong Tunggal (SWN) atau mempunyai beberapa sistem bagi membolehkan persaingan.

Buat masa ini, Digital Nasional Bhd (DNB) akan meneruskan rancangannya untuk menyampaikan perkhidmatan 5G melalui SWN. Tan Sri Annuar menyatakannya, selepas Majlis menandatangani perjanjian usaha sama antara CS Cloud Sdn Bhd dan Cloocus Co. Ltd di Petaling Jaya.

Tambah beliau, DNB turut menawarkan perkhidmatan 5G secara borong kepada semua pengendali rangkaian mudah alih tanpa sebarang kos. Tawaran fasa pertama terpakai untuk semua rangkaian 5G di seluruh Putrajaya, Cyberjaya dan Kuala Lumpur.

Menjelang tahun depan, pelancaran tertumpu di Pulau Pinang, Johor Bahru manakala Sabah dan Sarawak di bawah fasa kedua.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini