Modul yang akan digunakan kerajaan dalam melaksanakan rangkaian 5G di negara ini akan diperincikan Kementerian Kewangan semasa sesi penggulungan kementerian itu di Dewan Rakyat, esok.

Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa berkata, timbul perdebatan dalam memilih penggunaan rangkaian sama ada konsep multi system iaitu rangkaian 5G dikendali pelbagai syarikat telekomunikasi atau single wholesale network system yang hanya melibatkan syarikat tunggal.

Menurutnya, kerajaan juga maklum konsep penyedia tunggal yang dirancang untuk digunakan sekarang mempunyai sejarah kegagalan di beberapa negara lain seperti Mexico.

Tan Sri Annuar berkata, rundingan antara syarikat telekomunikasi dan DNB sedang berjalan dan dikendalikan Suruhanjaya Komunikasi Multimedia dan Komunikasi (SKMM). Rundingan itu bagaimanapun belum mencapai kata muktamad.

Katanya, kementerian dan SKMM bertanggungjawab untuk memastikan satu harga munasabah bagi menjamin harga yang perlu dibayar oleh rakyat semestinya murah.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini