Kementerian Kewangan (MOF) berharap usaha pembukaan sempadan Malaysia -Singapura disegerakan, bagi merancakkan semula ekonomi Selatan Tanah Air.

Perkara tersebut turut disuarakan pemain industri pelancongan dan logistik kepada Timbalan Menteri Kewangan, Mohd Shahar Abdullah hasil Siri Jelajah Belanjawan 2022. Menurutnya, penutupan sempadan negara itu juga membangkitkan isu kelewatan penetapan lokasi peniagaan para penjaja, oleh Pihak Berkuasa Tempatan, ekoran peningkatan bilangan penjaja.

Pihaknya juga perlu merangka strategi bagi meningkatkan kuasa membeli di Kota Tinggi, selain menghidupkan semula kawasan tarikan pelancongan di daerah tersebut.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini